Pasukan Gresini Racing Mengganas Di Aragon: Dua Podium Dalam Perlumbaan Sprint

8 Jun 2025 • 3:37 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pasukan Gresini Racing menunjukkan taring di Litar Aragon dengan dua tempat podium dalam perlumbaan Sprint menerusi Alex Márquez dan Fermín Aldeguer. Aksi mantap dan strategi bijak membawa kejayaan berganda buat pasukan menjelang perlumbaan utama esok.

Alex Márquez #73 berkata:
“Marc mula perlumbaan dengan kurang baik, tapi tidak seteruk yang saya harapkan. Saya cuba menekan, tapi bila nampak dia di belakang, saya tahu lebih baik fokus untuk kekalkan tempat kedua. Di litar seperti Aragon di mana pesaing utama begitu kuat, kami perlu berlumba dengan bijak. Kami sambut satu lagi podium dan tak ambil apa-apa mudah. Syabas juga buat Fermín yang makin menyerlah.”

Fermín Aldeguer #54 pula menambah:
“Kami ambil risiko dengan tayar, tapi itu hasil kerja keras, bukan sekadar nasib. Kami rancang keputusan itu dengan teliti. Sprint ini juga beri data penting untuk perlumbaan penuh esok. Permulaan saya hari ini sangat baik, dan walaupun sukar untuk ulangi, kami yakin dengan kemampuan kami.”

Gresini kini membawa momentum positif dan semangat tinggi untuk perlumbaan utama. Mampukah mereka terus bersinar dan cipta kejutan di Aragon? Sama-sama kita nantikan!

Teruskan Bersama Two Wheels..!!