Pasukan SMART tiba di Nepal, mula penyelarasan misi

6 Sep 2026 • 12:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pasukan SMART tiba di Nepal, mula penyelarasan misi

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS01 yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Nepal selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada 12 tengah hari waktu tempatan semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan pasukan itu selesai menjalani proses ketibaan dan protokol misi pada 4.30 petang waktu tempatan, termasuk urusan pelepasan logistik serta pengesahan manifes anggota.

“Ketika kemas kini disampaikan, pasukan sedang bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal bagi menerima taklimat situasi semasa.

“Penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan,” menurut NADMA.

Agensi itu memaklumkan pelaporan harian misi akan diselaraskan antara NADMA dengan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal sepanjang operasi dijalankan.

Agensi turut memaklumkan keseluruhan anggota pasukan berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang isu dilaporkan setakat kemas kini berkenaan diterima.

Media sebelum ini melaporkan 11 anggota dan pegawai SMART berlepas ke Nepal dengan menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara TUDM Subang pada 9 pagi semalam, dengan membawa peralatan mencari dan menyelamat (SAR) seberat 12.4 tan.

Peralatan itu antaranya kelengkapan menyelamat, alat pengesan, sistem komunikasi, peranti teknologi seperti dron berkapasiti tinggi serta peralatan khas termasuk peralatan penyelamatan terowong, di samping sebuah kenderaan pacuan empat roda dan satu trak muatan 10 tan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved