Pasukan SMART tiba di Nepal, sedia digerak bila-bila masa

6 Sep 2026 • 9:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasukan SMART tiba di Nepal, sedia digerak bila-bila masa

PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 kini siap siaga di Kathmandu bagi melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) di Nepal.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, pasukan berkenaan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan, semalam.

Menurut Nadma, pasukan SMART selesai menjalani proses ketibaan dan protokol misi termasuk urusan pelepasan logistik serta pengesahan manifest anggota pada pukul 4.30 petang waktu tempatan.

“Pasukan kini bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal bagi menerima taklimat situasi semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nadma berkata, penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan.

“Kedudukan keseluruhan pasukan adalah baik dan tiada sebarang isu dilaporkan setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan pelaporan harian misi akan diselaraskan antara agensi itu dengan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.

Kehadiran SMART di Nepal membolehkan Malaysia menggerakkan kepakaran mencari dan menyelamat sekiranya diperlukan pihak berkuasa tempatan dalam menangani situasi bencana.

Pasukan berkenaan akan menunggu arahan penugasan sebelum memulakan operasi berdasarkan keperluan serta penilaian situasi semasa. – KOSMO! ONLINE

The post Pasukan SMART tiba di Nepal, sedia digerak bila-bila masa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved