
Kota Kinabalu: Pemain-pemain wanita Sabah berjaya mempertahan-kan kejuaraan pasukan pada Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-34 2023 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid, Selangor pada Sabtu lalu.
Pasukan terdiri daripada Cara Loh Wai Theng, Nur Aleeya Syakirah, Nurul Amirah Amirul dan Nurul Jeehan Iezzaty mengumpul sejumlah 4474 pin untuk mengatasi Johor dengan 14 pin untuk merangkul pingat emas.
Pengurus pasukan Ag. Shahril Karim berkata mereka melakar kejayaan selepas mendahului dari blok pertama hingga blok terakhir.
Jurulatih Sheridan Abdul Latiff memuji semangat berpasukan pemain-pemain itu untuk meraih kemenangan tipis kerana Sabah dan Johor hanya dibezakan 53 pin memasuki perlawanan akhir.
Sementara itu, Presiden Persatuan Tenpin Boling Sabah, Rozzainny Sham Talip berbangga dengan pencapaian pasukan itu dan berterima kasih atas sokongan pelbagai pihak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
