Patah 3 Tulang Rusuk, Wanita Saman Rakan Sekerja Lepas Dakwa Dipeluk Terlampau Kuat

Entertainment
27 Aug 2022 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita di China telah menyerahkan surat saman kepada rakan sekerjanya dengan mendakwa mengalami kecederaan selepas dipeluk terlampau kuat.

Wanita itu telah menyaman dan menuntut ganti rugi wang yang terpaksa dikeluarkannya bagi menanggung kos perubatan gara-gara insiden pelukan yang berlaku pada bulan Mei 2021.

Menurut laporan Times Now, ketika kejadian itu berlaku, wanita itu sedang berbual dengan rakan sekerjanya dan telah dipeluk oleh seorang lagi rakan yang lain dengan sangat kuat. Wanita itu kemudiannya menjerit kesakitan dan mengalami ketidakselesaan di bahagian dada sehingga pulang ke rumah.

image is not available
Gambar hiasan

Wanita itu telah meletakkan minyak panas bagi mengurangkan kesakitan. Namun, selepas lima hari berlalu dan kesakitan masih terasa, wanita itu telah ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Pihak hospital telah melakukan x-ray dan mendapati 2 tulang rusuk sebelah kanan dan 1 tulang rusuk sebelah kiri telah patah.

Dalam tempoh rawatan, wanita itu terpaksa mengambil cuti dan mengeluarkan belanja sendiri bagi untuk pemulihan. Ketika tempoh itu juga, beliau telah bertemu rakan sekerja yang memeluknya itu untuk tujuan tuntutan ganti rugi. Rakan sekerjanya itu menafikan dakwaan dan tidak mahu membayar ganti rugi kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwanya.

image is not available
Gambar hiasan

Wanita itu kemudiannya menfailkan saman ke atas rakan sekerjanya dengan tuntutan sebanyak 10,000 Yuan (bersamaan kira-kira RM 6,500). Mahkamah juga telah mengarahkan ganti rugi diberikan kepada wanita itu selepas tiada bukti kukuh beliau melakukan sebarang aktiviti lain yang mungkin mencederakannya sebelum rawatan di hospital.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.