PATAMI Samchem susut kepada RM5.4 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023

Business & Finance
15 Aug 2023 • 6:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PATAMI Samchem susut kepada RM5.4 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023

azan

15/08/2023 - 18:35

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) Samchem Holdings Berhad menyusut kepada RM5.4 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (2QFY23) berbanding RM6.5 juta pada pada suku pertama tahun ini.

Kumpulan itu berkata, keuntungan lebih tinggi pada suku lepas kerana merangkumi penjualan berjumlah RM2.1 juta.

Bagi suku itu juga, kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM276.24 juta atau peningkatan 8% berbanding RM255.4 juta pada suku sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif Samchem, Ng Thin Poh berkata, pada 2QFY23 industri kimia terus beroperasi dalam landskap yang mencabar berikutan sentimen perniagaan global yang lemah.

Katanya, keadaan itu mengurangkan permintaan keseluruhan, keadaan yang diburukkan lagi oleh ketidakseimbangan inventori yang ketara dalam pasaran.

"Di sebalik cabaran ini, kami berbesar hati melaporkan PATAMI yang membanggakan sebanyak RM5.4 juta untuk 2QFY23.

"Kami mendapat galakan daripada purata harga jualan (ASP) yang stabil dan keadaan perniagaan yang bertambah baik di Vietnam," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, gudangnya yang terletak di Pulau Indah kini beroperasi pada kapasiti hampir penuh.

"Dengan kejayaan ini dan pentauliahan kemudahan baharu kami yang tidak lama lagi di Vietnam, kami berada pada kedudukan yang baik dengan kedudukan yang kukuh untuk memanfaatkan pemangkin pertumbuhan daripada inisiatif penempatan semula pembuatan di rantau ini," katanya. - DagangNews.com