Patrick Kluivert Calon Utama Ganti Shin Tae-Yong Sebagai Jurulatih Indonesia

6 Jan 2025 • 11:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Bekas penyerang Belanda, Patrick Kluivert muncul sebagai calon utama untuk menggantikan Shin Tae-yong sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memutuskan untuk menamatkan kontrak Shin selepas membuat penilaian prestasi.

Pengerusi PSSI Erick Thohir mengesahkan tiga calon, termasuk Kluivert, telah ditemu duga di Eropah pada penghujung Disember.

“Kami telah menemu bual tiga calon, seorang daripadanya ialah Kluivert,” katanya seperti dipetik agensi berita Antara.

Beliau menjelaskan bahawa sesi temu duga itu dijadualkan semasa Krismas untuk menilai komitmen para calon, sambil menyatakan bahawa kehadiran peribadi seorang calon memberikan kesan yang kuat.

PSSI dijangka mengumumkan ketua jurulatih baharu pada 12 Jan, dengan calon yang dipilih akan tiba di Indonesia sehari sebelumnya.

Fabrizio Romano, wartawan bola sepak terkenal, menulis di X bahawa Kluivert dijangka mengambil alih jawatan itu dengan kontrak dua tahun serta pilihan lanjutan dua tahun lagi, dengan matlamat utama membawa Indonesia ke kelayakan Piala Dunia.

Dalam kenyataan berasingan pada Isnin, PSSI secara rasmi mengesahkan penamatan kontrak Shin Tae-yong selepas penilaian menyeluruh terhadap prestasi pasukan dan objektif jangka panjang.

PSSI turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Shin kepada bola sepak Indonesia dan mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjayanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved