Rasmi, PSSI Pecat Shin Tae Yong

6 Jan 2025 • 2:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rasmi, PSSI Pecat Shin Tae Yong

JAKARTA — Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasmi memecat jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong, lapor CNN Indonesia.

Pemecatan Tae Yong diumumkan oleh Presiden PSSI, Erick Thohir dalam satu sidang media di Jakarta hari ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Tae Yong selama ini.

“Hubungan saya dengannya sangat baik, dan kita lakukan yang terbaik untuk program-program yang diinginkan.

“Namun, sudah ditentukan organisasi pasukan Kebangsaan, yang perlu diberikan perhatian khusus dalam penilaian kami.

“Kami melihat keperluan jurulatih yang boleh menerapkan strategi yang boleh diterapkan pada setiap pemain, komunikasi dan pelaksanaan yang lebih baik,” katanya,

Mengulas lebih lanjut, Erick memberitahu bahawa Tae Yong sudah dimaklumkan tentang perkara ini, melalui Ketua Badan Pasukan Kebangsaan (BTN) Sumardji.

“Encik Sumardji sudah mengadakan pertemuan dengannya pagi tadi dan Tae Yong juga telah menerima surat, kini hanya menunggu proses seterusnya mengenai perkara itu,” katanya.

Untuk makluman, Shin Tae Yon masih mempunyai kontrak bersama PSSI hingga 2027.

Sumberr: CNN Indonesia

The post Rasmi, PSSI Pecat Shin Tae Yong appeared first on Siakap Keli.