“Patung emas gergasi, bangunan pencakar langit” – Trump Dikritik Kongsi Video AI ‘Pembangunan Gaz*’

Entertainment
27 Feb 2025 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berkongsi sebuah video yang dihasilkan janaan kepintaran buatan (AI) berkaitan Gaza.

Menerusi video yang dikongsikan dalam media sosialnya, memaparkan keadaan Gaza yang musnah akibat perang, dibangunkan semula sebagai sebuah resort pantai dengan kapsyen ‘Gaza 2025, apa seterusnya?’.

Dalam video berdurasi 33 saat itu, menunjukkan penduduk Gaza berjalan melalui runtuhan bangunan sebelum beralih ke bandar lebih moden dan baharu.

Bangunan pencakar langit berhampiran pantai dan air laut biru serta pokok-pokok palma dipaparkan dalam video AI itu. Ia juga menunjukkan penasihat kanannya, Elon Musk mengunyah snek di bawah sinaran matahari.

image is not available

Kedengaran lagu yang didendangkan dalam video iaitu: ‘Trump Gaza akhirnya di sini, masa depan emas, kehidupan baru.’

Kemudian, Trump dilihat berada di sebelah seorang wanita yang menari tarian gelek dan Musk melemparkan wang sambil anak-anak kecil melompat untuk menangkapnya.

Video itu diakhiri dengan paparan patung emas besar Trump di tengah-tengah bandar dan Trump serta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang bersantai di bawah sinar matahari tanpa memakai baju.

Bagaimanapun, video yang dikongsikan oleh Trump itu mengundang kritikan dan mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen sama ada akaun terbabit telah digodam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Setakat ini, tiada penjelasan lanjut daripada pihak Trump atau sebarang penarikan balik setelah sehari dimuat naik.

Terdahulu, Trump mengejutkan ramai apabila mahu merancang untuk membangunkan semula semenanjung Gaza menjadi kawasan mewah digelar ‘Riviera Asia Barat’.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.