“Patut Hon Beramai-Ramai” – Tindakan VIP Potong Barisan Ketika Kesesakan Lalu Lintas Dikecam Netizen

12 Jul 2022 • 1:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kesesakan lalu lintas merupakan satu perkara yang sentiasa berlaku di negara kita lebih-lebih ketika musim perayaan.

Meskipun perlu menghadapi kesesakan lalu lintas yang memakan masa agak lama namun, ia tetap akan ditempuhi orang ramai demi menyambut perayaan bersama keluarga tersayang di kampung.

Golongan VIP potong barisan ketika kesesakan lalu lintas

Tular satu video dimuat naik Ahmad Ridhuan di Twitter memaparkan keadaan yang berlaku ketika orang ramai sedang menghadapi kesesakan lalu lintas di atas jalan raya.

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat konvoi VIP yang terdiri daripada beberapa kenderaan memotong kenderaan lain.

Respon netizen

Perkongsian Ahmad Ridhuan itu mendapat respon warganet. Rata-rata mereka berang dengan tindakan VIP yang memotong barisan sedangkan pengguna jalan raya yang lain perlu tabah menghadapi kesesakan lalu lintas.

image is not available

image is not available

image is not available

Haihh sampai bila perkara macam ni nak berlaku? Apa salahnya kalau golongan VIP turut sama bersama-sama beratur hadap kesesakan lalu lintas.

Kredit: Twitter Ahmad Ridhuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media