“Patut Kena Sodok Lori!” – Rakyat ‘Merana’ Hadap ‘Jam’, VIP Selamba Potong Barisan Bikin Netizen ‘Panas’

12 Jul 2022 • 11:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu kesesakan lalu lintas berlaku dan ia difahamkan kerana ramai yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

Dalam kesesakan yang ditempuhi oleh ramai masyarakat, terdapat satu klip video menjadi tular apabila ia memaparkan satu konvoi VIP telah ‘memotong barisan’ dengan melalui di antara lorong kanan dan tengah sambil diiringi beberapa pengiring serta lapan buah kenderaan lain.

Sudah semestinya rakaman terbabit telah menaikkan amarah orang ramai yang melihatnya, lagi-lagi apabila melihat kenderaan masyarakat biasa perlu menghadap kesesakan lalu lintas berjam-jam tetapi sekumpulan VIP itu sesuka hati melakukan hal sedemikian.

Susulan itu, ramai juga berkata dengan sekumpulan VIP yang sering ‘memotong barisan’ ini, ia juga punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas.

image is not available

Meluahkan rasa tidak puas hati lagi, netizen berkata laluan sepatutnya hanya boleh diberikan kepada ambulans, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, beberapa jabatan kerajaan lain serta kenderaan yang benar-benar dalam kecemasan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

(VIDEO) “Kena Buat Selalu” - Kereta VIP Jadi Punca Jalan Sesak, Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes