“Patut La Nak Cepat Kahwin” – Nampak Lebih Berisi, Hyuna Ditebak Sedang Mengandung?

EntertainmentMusic
29 Jul 2024 • 1:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas mengumumkan tentang hubungannya dengan Yong Jun-hyung, ramai nampaknya mula hilang minat pada Hyun-a.

Baru-baru ini, Hyun-a telah tiba di Lapangan Terbang Gimpo, dalam perjalanannya untuk membuat persembahan di ‘XD World Music Festival’ di Jepun.

Bagaimanapun, netizen perasan wanita itu nampak tembam dan sedikit berisi daripada biasa, menimbulkan khabar angin bahawa dia sedang mengandung kini.

image is not available

Tambahan pula sebelum ini, agensi telah mengesahkan bahawa Hyun-a dan kekasih barunya iaitu Yong Jun-hyung akan berkahwin pada bulan Oktober ini, kurang setahun selepas mendedahkan hubungan mereka kepada umum.

Komen netizen,

  • Dia mengandung ke?
  • Patut la nak cepat-cepat kahwin.
  • Tak terkejut pun.
  • Jadi betul lah…
  • Sebab tu la kot dia terus nak kahwin?

Selepas pelbagai spekulasi dibuat, agensi akhirnya tampil menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa ia adalah spekulasi tidak berasas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.