“Patut Macam Zombi” – Dilapor Hisap Dadah, Video G-Dragon Berkelakuan Pelik Kembali Tular

EntertainmentMusic
26 Oct 2023 • 7:53 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, ada beberapa selebriti yang telah terpalit dengan isu mengambil dadah.

Pada 25 Oktober, Polis Incheon melaporkan bahawa G-Dragon sedang disiasat atas dakwaan menggunakan dadah, mengejutkan ramai orang.

Selepas berita ini keluar, orang dalam industri muzik yang sudah lama mengenalinya mendedahkan kelakuan berbeza idola itu dari sebelum ini,

Penampilan dan caranya bercakap telah berubah.

Selain itu, menerusi laman komuniti dalam talian, video G-Dragon ketika di lapangan terbang pada Mei lalu telah kembali tular apabila dia dilihat jalan terhuyung-hayang, menggerakkan badannya, menggaru kepalanya dan membuat pergerakan aneh lain, yang dipercayai merupakan kesan pengambilan dadah.

Kemudian dalam video temu bual bersama ELLE, penyanyi itu juga tidak dapat bercakap dengan lancar dan kedengaran agak kekok, selain sentiasa kelihatan gelisah.

Komen netizen,

Patut la cara dia jalan pun macam zombi.

 

Dia tak pernah berhenti bergerak walaupun untuk seketika.

 

Tengok keadaan dia sekarang, G-Dragon nampaknya perlahan-lahan ketagih dadah.

 

G-Drugon.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.