G-Dragon Disiasat Isu Penyalahgunaan Dadah, YG Entertainment Tetap Beri Kenyataan

26 Oct 2023 • 2:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama penyanyi Korea Selatan, G-Dragon mendadak jadi perbincangan dalam kalangan netizen apabila dikaitkan dengan jenayah penyalahgunaan dadah.

Menerusi laporan media Korea Selatan, G-Dragon dikatakan disiasat tanpa sebarang penahanan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah oleh pihak Polis Incheon.

DIfahamkan, pihak polis melanjutkan siasatan mereka terhadap G-Dragon selepas menemui bukti yang terarah kepadanya selepas isu serupa yang melibatkan aktor Lee Sun Kyun.

"Kami tidak boleh memperincikan secara spesifik kerana kes ini masih lagi dalam siasatan,” kongsi wakil Polis Incheon.

Sementara itu, agensi yang pernah menaungi G-Dragon, YG Entertainment turut memberikan kenyataan berhubung kes berkenaan.

"Kami belum tahu mengenai penyiasatan terhadap G-Dragon yang terlibat dalam penggunaa dadah. Kami masih mencari laporannya,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan.

Sumber: KapanLagi

BACA: The King Is Back! Sepi Tiga Tahun, G-Dragon Bakal Muncul Dengan Album Solo

BACA: “Live For Yourself” – Update IG Selepas 9 Bulan, G-Dragon Bakal Hadiri Perkahwinan Kakak?​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved