
Baru-baru ini, pelakon wanita, Janna Nick ada berkongsikan satu video di laman Instagram memaparkan behind the scenes untuk drama terbarunya Surat Dari Tuhan yang bakal digandingkan dengan pelakon lelaki, Syukri Yahaya.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Janna dan Syukri sedang melakukan watak suami isteri, dimana Syukri memicit kaki Janna yang sedang sarat hamil.
Bahkan, Syukri turut sempat melontarkan dialog spontan yang membuatkan Janna tidak dapat menahan gelaknya.
View this post on Instagram
Biarpun sekadar mahu berkongsi kepada peminat momen-momen belakang tabir drama terbabit, ada segelintir netizen yang kurang senang melihat kemesraan mereka.
Menurut sesetengah netizen, sepatutnya kedua-dua perlu menjaga batas dalam pergaulan memandangkan mereka sudah pun mempunyai suami dan isteri sendiri.



Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang terhibur melihat teletah dua pelakon tersebut serta tidak sabar mahu menonton drama lakonan mereka memandangkan kedua-duanya pernah digandingkan dalam drama sebelum ini, Suami Tanpa Cinta dan mendapat pujian.
"Kenapa Tarik Tangan Dia Dekat Area Tak Sepatutnya?!" - Aksi Mesra Fasha Sandha & Afieq Shazwan Raih Perhatian
The post “Patut Ramai Artis Yang Bertaubat” – Picit-Picit Kaki, Video Mesra Janna Nick & Syukri Yahaya Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

