“Patut Sebat, Penjara!” – YouTuber Buat ‘Prank’ Bakal Didenda RM100, Ramai Minta Didenda Lebih Berat?

7 Jul 2022 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, baru-baru ini tular video seorang YouTuber dengan sengaja menarik tudung seorang perempuan di platform media sosial dan ianya telah menarikkan amarah orang ramai yang merasakan perbuatan tersebut sememangnya tidak patut dilakukan.

Disebabkan hal itu telah tular di media sosial, pihak polis telah pun menahan lelaki berusia 24 tahun itu dan suspek telah dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 Julai 2022.

Difahamkan juga, denda yang akan dikenakan jika disabit kesalahan adalah tidak melebihi RM100.

Melalui perkongsiaan di Facebook mengenai kes berkenaan, ramai netizen yang meninggalkan respon di ruangan komen seakan-akan tidak berpuas hati dengan jumlah denda yang dikenakan kepada lelaki terbabit.

Kebanyakkan mereka berpendapat lelaki terbabit sepatutnya dikenakan denda yang lebih berat dari itu kerana ia berkaitan dengan maruah wanita.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Buat Video 'Prank' Tarik Tudung Perempuan, 'Youtuber' Lelaki Didakwa Di Mahkamah