
Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan beberapa orang jururawat berdiri kaku dimarahi ahli keluarga seorang pesakit di sebuah hospital.
Menerusi video tersebut, difahamkan 3 orang jururawat telah sewenang-wenangnya memberikan ubat kepada pesakit secara melebihi dos yang ditetapkan.
Malah, apa yang menyedihkan pesakit yang menjadi mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun 7 bulan.
Dos yang sepatutnya 300ml, 3 nurse ni masukkan 1000ml.
Sejurus mengetahui perkara tersebut, ibu kepada kanak-kanak itu dilihat lantang bersuara memarahi tindakan jururawat tersebut sambil bersaksikan ketua jabatan mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah meminta jururawat itu untuk lebih berhati-hati kerana boleh membahayakan nyawa pesakit.
Nyawa bukan untuk main-main – netizen.
“Jadi bahan ujikaji is the worse feeling, trust me, saya pernah lalui,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(VIDEO) "Tindakan Tegas Bakal Diambil" - JPJ Siasat Insiden Lori Rempuh Beberapa Kereta
The post (VIDEO) “Nyawa Bukan Mainan!” – Ibu Mengamuk Lepas ‘Nurse’ Sesuka Hati Bagi Ubat Lebih Dos Pada Anak 6 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



