“Patut Syamsul Sayang..” – Pandai Masak, Taufu Fa Buatan Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak

26 Jun 2023 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, masakan sambal sotong isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah dipuji oleh kakak kandungnya, Yasmin Kazar.

Boleh dikatakan Ira mahir juga dalam memasak kerana kali ini, air tangannya membuat Taufu Fa telah mendapat pujian daripada Wiwie Darvienda Mazweena dan pujian itu dapat dilihat melalui Instagram Story.

Dulu masa saya duduk sana, tak pernah pun adik ipar saya masak untuk saya. Lain macam eh dia sekarang. Lemaknya rasa.

image is not available

Susulan dipuji melalui sebuah video, Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin telah pun repost video itu semula dalam Instagramnya.

Beberapa hari lalu, nama Ira Kazar kembali menjadi perhatian setelah dirinya memuat naik foto suami buat pertama kali dalam akaun media sosialnya itu.

Sekadar info, sebelum ini Syamsul Yusof membuat pengumuman mengejut bahawa dia sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa wanita tersebut iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

image is not available 3 days ago

Pertama Kali Tayang Suami, Ira Kazar 'Upload' Gambar Syamsul Yusof Di IG Story

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved