Lepas Sotong Tumis, Taufu Fa Isteri Syamsul Yusof Dipuji Berlemak

Entertainment
26 Jun 2023 • 1:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sekali lagi menjadi perhatian selepas dia memuat naik foto suami buat pertama kalinya di Instagram Story.

Iyalah, sebelum ini Ira mendiamkan diri je walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya.

Terbaru, wanita berusia 27 tahun ini mendapat pujian kerana taufu fa air tangannya dikatakan cukup lemak.

Perkara itu dikongsi Wiwie Darvienda Mazweena menerusi Instagram Story sebelum dikongsi semula oleh cinta hati Syamsul dengan kapsyen “hahahaha perform”.

image is not available

Kedengaran wanita di dalam video berkata Ira makin kerap memasak sekarang dan air tangannya enak.

Dulu masa saya duduk sana, tak pernah pun adik ipar saya masak untuk saya. Lain macam eh dia sekarang. Lemaknya rasa.

Terdahulu, kakaknya Yasmin berkongsi gambar masakan sotong tumis Ira di Instagram Story dan tidak menyangka ia begitu sedap.

image is not available

Wah, sedapnya nampak. Pandai masak rupa-rupanya, bertuah Syamsul!

Kredit: Instagram Ira Kazar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved