“Patutkah Kami Terima Keadaan Begini..” – Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu, Hanya Terima RM400 Sebulan

LocalFamily & Parenting
13 Jun 2025 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu bapa yang sudah tua dan telah pencen sering dilihat sebagai tempat untuk anak-anak menjaga cucu-cucu mereka setelah mendirikan rumah tangga.

Ramai yang menganggap mereka sebagai pengasuh yang boleh diambil kesempatan dengan alasan kedua-duanya mempunyai masa lapang dan tidak bekerja lagi.

image is not available

Sumber : Made with Google AI  

Namun, hakikatnya, mereka sudah tua dan tidak memiliki tenaga serta kekuatan fizikal untuk menjaga cucu yang sedang membesar dengan pelbagai ragam.

Seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati di platform Threads, merasakan tidak adil untuk mereka menjaga empat orang cucu dengan upah yang sedikit.

image is not available

Luahan tersebut mendapat banyak respon, dan kebanyakan orang meluahkan rasa marah terhadap anak mereka yang sanggup menyusahkan orang tua tanpa memberikan upah yang setimpal.

image is not available

image is not available

Banyak yang mengecam tindakan menjadikan ibu bapa sebagai pengasuh percuma, walaupun mengetahui keadaan kesihatan mereka semakin merosot.

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa kadar RM400 yang diberikan terlalu rendah, kerana kos penjagaan kanak-kanak di pasaran boleh mencapai RM900 atau lebih untuk seorang kanak-kanak.

image is not available

Ada juga yang berpendapat bahawa ibu bapa memang ingin meluangkan masa dengan cucu, tetapi bukan sepanjang masa sehingga mengganggu masa rehat mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah keluarga.

RM400 yang diberikan itu juga tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan keperluan barang, apatah lagi tanpa pencen atau pendapatan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Orang Layan Saya Macam Gelandangan" - Pakai Baju RM10 Ketika Bershopping Di Mall, Prince Syed Luah Rasa Kesal