
Bila sebut je stesen minyak PETRONAS memang kita akan terbayang orang ramai beratur nak mengisi minyak kenderaan. Sememangnya PETRONAS menjadi pilihan utama rakyat Malaysia bukan sahaja untuk mengisi minyak, malah untuk berehat dan membeli barangan makanan sebelum meneruskan perjalanan. Kadang-kadang amaran minyak dah berkelip pun kita tetap gigih cari stesen minyak PETRONAS sebab mahukan penjimatan dan teknologi petroleum yang terbaik untuk kenderaan kita.
Tetapi baru-baru ini, ada perkongsian dari seorang lelaki yang hairan isterinya kerap sangat singgah PETRONAS. Bila ditanya nak beli apa? Selamba dia jawab nak beli minyak pelincir. Nak beli minyak pelincir untuk apa? Kau nak servis motor sendiri ke macam mana? Rupanya ada udang disebalik batu. Dia kata ada orang nak bagi dia iPhone13 Pro Max dan kalau ada rezeki orang tu nak bagi si suami Yamaha Y16 sekali. Lain macam betul.

Si suami pun naik geramlah, siapa pulak nak bagi benda-benda mahal macam tu kan? iPhone tu sahaja dah 3,000-4,000 harganya. Barulah si isteri jelaskan yang dia sedang menyertai peraduan PETRONAS Sprinta yang mana kita boleh memenangi hadiah utama Yamaha Y16ZR, tempat kedua pula boleh menang iPhone13 Pro Max dan hadiah tempat ketiga jam tangan G-Shock serta hadiah saguhati berupa pakej menyaksikan Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang.
Barulah si suami faham dan teruja nak “join” juga. Si isteri pun terangkanlah cara nak sertai peraduan PETRONAS Sprinta ni. Pertama, beli minyak pelincir PETRONAS Sprinta minimum RM30. Kemudian, imbas kod QR dan muatnaik resit pembelian. Mula bermain permainan atas talian dan kumpul mata sebanyak mungkin untuk menang. Mudah je kan nak menang? Cuma perlu main, kumpul mata dan menang hadiah yang lumayan.




Korang yang dah termimpi-mimpi nak pakai Yamaha Y16ZR atau nak pakai iPhone baru tu tunggu apa lagi. Ini peluang keemasan yang ada. Bayangkan dengan modal RM30 je boleh menang hadiah beribu-ribu ringgit. Tarikh tutup penyertaan 20 Oktober 2022.
Korang nak tahu tak? Perlumbaan akhir Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2022 akan dibuat secara live pada 23 Oktober 2022 nanti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk kunjungi acara #SPEEDPHORIA yang akan diadakan pada 14-23 Oktober di Esplanade Suria KLCC Park. Nantikan persembahan daripada Flop Poppy, Bunkface, Marsha dan lain pada setiap hujung minggu. Masuk adalah percuma! Dapatkan info lanjut di @PETRONASmotorsports. Maklumat lanjut klik DI SINI.
The post Patutlah Kerap Sangat Singgah Petronas, Suami Baru Tahu Ada Orang Nak Bagi ‘iPhone’ Kat Isteri appeared first on Siakap Keli.

