PAU jadi medan hala tuju penyatuan ummah

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PAU jadi medan hala tuju penyatuan ummah

KOTA BHARU: Perwakilan perlu menggunakan pentas Persida­ngan Agung UMNO (PAU) untuk menyuarakan pandangan akar umbi mengenai penyatuan ummah melibatkan kerjasama dua parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas.

Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi berkata, pandangan majoriti ahli parti perlu menjadi indikator kepada pucuk kepemimpinan dalam menentukan hala tuju kerjasama de­ngan Pas.

“Secara keseluruhannya rak­yat melihat penyatuan ummah itu sebagai petanda positif untuk politik orang Melayu-Islam selain untuk kestabilan negara.

“Jadi saya harap perwakilan UMNO dapat menyampaikan hasrat dan pandangan mereka berhubung penyatuan tersebut pada PAU,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Fikhran Hamshi berkata, kerjasama UMNO dan Pas bukan perkara baharu kerana kedua-dua parti pernah bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).

Katanya, pengalaman lalu perlu dijadikan pengajaran supaya perkara sama tidak berulang sekiranya usaha penyatuan berkenaan direalisasikan.

“Ini adalah kerjasama kali kedua yang semasa MN lalu kita telah dikhianati. Walaupun dalam keadaan tersebut, kita mengharapkan Pas sudah sedar supaya tidak berlaku perkara sama,” ujarnya.

Kata beliau, PAU tidak seharusnya tertumpu kepada isu penyatuan parti politik sebaliknya kepentingan rakyat perlu terus menjadi agenda utama.

Menurutnya, perkara berkaitan kebajikan, polisi kerajaan serta inisiatif membantu rakyat perlu diberi perhatian terutama usaha meringankan beban kehidupan golongan pekerja dan peniaga.

“Perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti kebajikan, polisi-polisi kerajaan, serta inisiatif untuk membantu rakyat terutamanya dalam kemaslahatan kehidupan,” katanya. –  UTUSAN

The post PAU jadi medan hala tuju penyatuan ummah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved