PAU UMNO 2026 membuka tirai esok

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 11:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PAU UMNO 2026 membuka tirai esok

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bakal membuka tirai esok yang akan berlangsung selama empat hari hingga 12 September di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Acara pembukaan dimulakan dengan Taklimat Presiden UMNO pada pukul 2 petang esok, sebelum diteruskan dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada pukul 8 malam.

Kedua-dua acara tersebut akan berlansung di Dewan Merdeka, WTCKL.

Pada 10 September pula, Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 6 petang di Dewan Merdeka, Dewan Tun Razak dan Dewan Tun Hussein Onn.

Kemuncak PAU 2026 pula berlangsung pada 11 dan 12 September menerusi Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Antara perkara yang bakal menjadi perhatian adalah pandangan akar umbi terhadap prestasi parti, selain usaha memperkukuh kedudukan UMNO dalam landskap politik negara.

PAU kali ini juga dijangka menjadi platform untuk pimpinan parti menyampaikan amanat serta menjelaskan strategi dan pendekatan UMNO dalam menghadapi cabaran politik akan datang.

Dalam masa sama, suara perwakilan dijangka memberi gambaran mengenai harapan dan tuntutan akar umbi terhadap kepimpinan parti.-KOSMO! ONLINE

The post PAU UMNO 2026 membuka tirai esok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved