Malaysia belasah Kazakhstan 8-0

5 Sep 2026 • 7:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia belasah Kazakhstan 8-0

PETALING JAYA: Skuad hoki remaja lelaki negara memulakan kempen Piala Remaja Asia 2026 dengan cemerlang apabila membelasah Kazakhstan 8-0 dalam aksi pertama Kumpulan B di Moqi, China, hari ini.

Malaysia yang tampil penuh bertenaga tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Rahuul Fazrien Nazrien meledak gol padang seawal minit pertama.

Rahuul kemudian menggandakan jaringan peribadinya pada minit ke-32, selepas Safwan Salihe terlebih dahulu menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit sama untuk meletakkan Malaysia 3-0 di depan.

Kelebihan tiga gol itu menyemarakkan semangat pemain negara apabila Faiz Afzan Faizal menambah satu lagi gol padang pada minit ke-39.

Malaysia terus menguasai permainan pada suku keempat dengan Muhammad Aizat Akhera meledak gol kelima pada minit ke-44 sebelum Gagandeep Singh menjadikan kedudukan 6-0 empat minit kemudian.

Shafiq Ammar Fahmi turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-51, manakala Dheeressh Gunaseelan melengkapkan kemenangan besar Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit terakhir perlawanan.

Malaysia akan bertemu Bangladesh dalam aksi kedua kumpulan esok. – UTUSAN

The post Malaysia belasah Kazakhstan 8-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved