
Pavilion REIT Malls Terangi Sambutan Deepavali Dengan Pesona Budaya India Yang Menakjubkan
Pavilion REIT Malls mengundang rakyat Malaysia menyelami sinar dan semangat Deepavali melalui sambutan selama sebulan yang mempersembahkan keindahan tradisi dan pesona budaya India di Lembah Klang. Mulai sekarang hingga 26 Oktober 2025, Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Intermark Mall mempersembahkan gabungan menarik seni tradisional India, irama hiburan kontemporari, serta pengalaman kulinari penuh rasa sambil meraikan semangat kebersamaan dan kepelbagaian budaya Malaysia.
Sebagai pembuka tirai kepada perayaan ini, Pavilion KL melancarkan Diya Deepavali, satu inisiatif kebudayaan yang diilhamkan daripada simbol diya, nyalaan cahaya yang melambangkan harapan, kemakmuran dan perpaduan. Acara ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, mewakili Yang Berhormat Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bersama Madam Baljeet Kaur Grewal A/P Jaswant Singh, Ahli Lembaga Pengarah Pavilion KL, dan Encik B. Ravintharan, Ketua Kad, Kumpulan CFS, Maybank.

Malam yang sarat dengan semangat diplomasi budaya ini dimulakan dengan upacara penyalaan lampu dan pukulan gendang, sebelum diteruskan dengan persembahan Indian Cultural Extravaganza oleh kumpulan artis ternama Anhad Studio, yang diterbangkan khas dari India untuk kembali menghiburkan penonton di Malaysia buat pertama kalinya selepas 15 tahun.
Untuk menambahkan lagi suasana perayaan, Pavilion KL menampilkan Kolam tradisional yang menakjubkan di Pintu Masuk Utama (Main Entrance) hingga Ahad, 26 Oktober 2025. Tarikan utamanya ialah rekaan Mughal Princess yang penuh perincian, menonjolkan kehalusan seni Kolam tradisional sambil memberikan pengalaman visual yang mengasyikkan kepada para pengunjung, ditampilkan sebagai satu penghargaan terhadap warisan dan ketukangan India yang abadi.

Bekerjasama dengan Pavilion KL, Barbeque Nation, bersama Anhad Studio, telah menganjurkan Indian Cultural Extravaganza, sebuah Festival Deepavali selama tiga hari yang mempersembahkan pengalaman budaya India yang unik kepada rakyat Malaysia. Acara luar biasa ini menampilkan teater boneka tradisional, muzik instrumental secara langsung, bengkel kraftangan interaktif, serta sesi merasa yang dikurasi dengan teliti bagi memperkenalkan cita rasa autentik dari pelbagai wilayah kulinari India. Tarikan utama festival ini ialah persembahan tradisional dari Rajasthan, dengan setiap hari membawa tema yang berbeza: Desert Rhythms, Colours of Traditions, dan Royal Finale.
Bersempena sambutan penuh meriah ini, peminat makanan boleh menikmati pengembaraan kulinari melalui Grand Trunk Road Food Festival oleh Barbeque Nation di restoran mereka di Aras 9, dari 6 hingga 26 Oktober 2025.
Festival ini menampilkan pelbagai pengalaman autentik, termasuk “Chatori Gully – Flavours from the Streets of GT Road” yang menyajikan hidangan jalanan popular seperti Pani Poori, Papdi Chaat, Dahi Poori, Dahi Bhalla dan Palak Chaat, dilengkapkan dengan minuman menyegarkan seperti Masala Chai dan Aam Panna, pada harga RM9 untuk setiap hidangan.

“Meethai Junction – Sweets of the GT Belt” pula menghidangkan pencuci mulut tradisional seperti Angoori Gulab Jamun, Bengali Sondesh, Ras Malai enak berkrim, Jalebi keemasan, Cham Cham, dan Sev Namkeen.
Selain kelezatan makanan, festival ini turut meraikan warisan budaya India melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti sudut “Lakh Ki Chudi” yang menampilkan gelang lac tradisional buatan tangan oleh tukang seni yang mahir, stesen Mehendi dengan seni inai yang halus dan indah, serta persembahan kebudayaan yang membawa pengunjung menyelami keunikan tradisi India yang mempesona dan memikat hati.

Bagi memperingati sambutan penuh cahaya ini, Pavilion KL mempersembahkan ganjaran eksklusif untuk pemegang Kad Kredit atau Caj Maybank yang berbelanja di kedai khas dan premis F&B terpilih. Pembeli yang berbelanja RM800 dalam satu resit akan menerima Baroque Crystalline Glass Serving Plate yang elegan, manakala pembelian bernilai RM1,500 melayakkan mereka menerima Gold Plated Glass Bowl Set yang mewah – koleksi eksklusif yang menyerlahkan keanggunan dan kehalusan estetika musim Deepavali yang penuh kenangan ini.
Sementara itu, Pavilion Bukit Jalil turut mengundang para pengunjung untuk menikmati Rangoli Deepavali – Together, Here yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Oktober 2025. Pusat beli-belah ini menampilkan dua rekaan rangoli berskala besar yang dihiasi corak bunga dan warna-warna perayaan yang menawan, menjemput semua untuk menghayati keindahannya serta merasai semangat kreativiti, tradisi dan kebersamaan yang menjadi nadi perayaan Deepavali.
Antara tarikan utama sambutan ini ialah siri hiasan rangoli yang menakjubkan sentuhan kreativiti para pelajar berbakat dari City University Malaysia dengan kerjasama Pavilion Bukit Jalil. Pengunjung boleh menghayati keindahan karya seni yang penuh perincian ini di Pintu Masuk Bukit Jalil, Aras 2 dan Pintu Masuk Utama, Aras 3.
Kemeriahan suasana perayaan ditingkatkan lagi dengan Indian Cultural Bazaar di Pintu Masuk Bukit Jalil, Aras 2, yang menawarkan pelbagai juadah, kraf dan hadiah perayaan, menjadikan Pavilion Bukit Jalil destinasi sempurna untuk mendapatkan keperluan Deepavali anda.

Bagi mereka yang gemar aktiviti interaktif, Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan bengkel hujung minggu mesra keluarga sempena Deepavali ini, termasuk sesi Henna Art dan Sand Art Rangoli dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit di Indian Cultural Bazaar, serta pengalaman memasak dan merasa hidangan tradisional India oleh India Gate. Aktiviti-aktiviti ini memberikan peluang bermakna kepada seisi keluarga untuk belajar, berkarya dan meraikan perayaan istimewa ini bersama-sama.
Untuk menyemarakkan lagi kegembiraan Deepavali, Pavilion Bukit Jalil menghadiahkan keceriaan dengan pelbagai tawaran Gift with Purchase yang menarik. Pembeli yang berbelanja RM400 dalam satu resit akan menerima baucar hadiah Parkson bernilai RM30, manakala ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM800 dalam satu resit dapat menikmati baucar tunai jenama fesyen serta jemputan eksklusif ke bengkel istimewa Rangoli Sand Art pada Sabtu, 18 Oktober 2025.
Dengan hiasan yang gemerlapan, persembahan budaya yang mempesona, pengalaman membeli-belah yang mengujakan dan pilihan sajian yang menggamit selera, Pavilion Bukit Jalil muncul sebagai destinasi terpilih untuk meraikan kemeriahan Deepavali bersama insan tersayang.

Pada masa yang sama, Intermark Mall meraikan kehangatan Deepavali dengan kempen Radiance of Heritage yang berlangsung dari 7 hingga 26 Oktober 2025. Dianjurkan khas untuk menghargai keindahan abadi budaya India, kempen ini mengubah suasana Intermark Mall menjadi ruang perayaan yang meriah dengan persembahan tradisional, bengkel interaktif, dan bazar Deepavali yang penuh keterujaan hasil kerjasama dengan Antara Events.
Para pengunjung akan dihiburkan dengan alunan tarian Bollywood dan tarian rakyat oleh Eraya Dance, terpikat dengan seni inai halus oleh Sanggetha Pillai dari Hennastacious, serta berpeluang menonjolkan kreativiti melalui bengkel menghias pelita Diya di mana mereka boleh membawa pulang hasil tangan sendiri.
Pengalaman ini diteruskan dengan bengkel tarian India tradisional oleh Antara dan teh masala beraroma daripada Tea Thambi yang disajikan setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang tempoh kempen.
Sebagai tanda komitmen berterusan Intermark Mall untuk memperkayakan pengalaman komuniti, pengunjung yang berbelanja minimum RM300 dalam gabungan dua resit akan mendapat cenderamata istimewa Radiance of Heritage Aroma Stone yang eksklusif.
Hadiah penuh makna ini boleh dibawa pulang sebagai kenangan bercahaya, melambangkan kehangatan dan sinar abadi Deepavali yang menerangi hati.
Di sebalik sinar dan kemeriahannya, Radiance of Heritage mengangkat makna perpaduan, semangat kekeluargaan, dan kebanggaan budaya, mencerminkan intipati perayaan Deepavali di mana cahaya sentiasa mengatasi kegelapan.
Menggabungkan keindahan tradisi dengan sentuhan moden, Intermark Mall mengundang semua rakyat Malaysia dan para pengunjung untuk meraikan Festival of Lights dengan cara yang bermakna, menyentuh hati dan penuh kenangan indah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
- Pavilion Kuala Lumpur, https://www.pavilion-kl.com/
- Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com
- Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/
The post Pavilion REIT Malls Terangi Sambutan Deepavali Dengan Pesona Budaya India Yang Menakjubkan appeared first on Siakap Keli.

