Warga Malaysia Terharu Petugas Airport & Media Lokal Bantu, Kongsi Rezeki Ketika Terkandas Di Jakarta [Video]

8 Sep 2026 • 4:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pelancong wanita dari Malaysia dikenali sebagai Fatiha Safiyya Osman berkongsi pengalamannya sewaktu terkandas di Jakarta akibat letusan gunung berapi Gunung Anak Krakatau.

Jelasnya sepanjang berada di Jakarta, ramai pihak di Indonesia yang membantunya bersama kumpulan rakan yang lain.

Perkara itu membuatkan Fatiha terharu dan menyedari sebenarnya ramai insan baik hati di Indonesia. Ini termasuklah petugas Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan juga rakan media tempatan yang sama-sama menunggu di lapangan terbang itu.

Petugas Lapangan Terbang Beri Makanan & Minuman Percuma Kepada Rakyat Malaysia Yang Terkandas

Tidak kira latar belakang, semua tampil membantu dan berkongsi rezeki. Menerusi video dikongsi, kelihatan kakitangan lapangan terbang sedang menghulurkan minuman dan snek kepada mereka.

“Pengalaman terkandas dekat Indonesia ni, baru saya sedar satu benda. Orang Indonesia memang baik gila. Pemandu, staf lapangan terbang, staf hotel, peniaga, pekerja restoran, semua mesra, sopan dan banyak tolong kami semua,” kata Fatiha.

‘Terima Kasih Rakyat Indonesia Kerana Begitu Baik’ – Pelancong Wanita Dari Malaysia

Fatiha yang juga seorang pencipta kandungan dan penasihat takaful turut mendoakan perkara baik-baik buat semua insan yang tampil membantunya bersama rakan lain.

“Terima kasih kerana begitu baik. Semoga urusan korang semua dipermudahkan dan rezeki sentiasa lancar,” katanya.

View on Threads

Wanita Sepatutnya Pulang Ke Malaysia Pada 7 September 2026

Sekadar info, Fatiha sepatutnya dijadualkan pulang ke tanah air pada 5.30 petang, 7 September lalu.

Namun disebabkan abu gunung berapi Gunung Anak Krakatau yang memberi impak kepada sektor penerbangan dan ruang udara, dia bersama rakan-rakannya terpaksa tinggal di Indonesia sehingga situasi reda.

4 Lapangan Terbang Di Indonesia Kembali Beroperasi

Memetik Berita Harian, situasi ini menyebabkan 3,000 penerbangan terganggu dan sesetengah daripadanya dibatalkan sekaligus menjejaskan seramai 340,000 penumpang.

Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bersama empat lagi lapangan terbang berhampiran Jakarta dan sekitar Pulau Jawa kini kembali beroperasi selepas beberapa hari ditutup.

View this post on Instagram

A post shared by Ditjen Perhubungan Udara RI (@djpu_151)

‘Dekat Media Sosial Gaduh, Jumpa Depan-depan Jadi Bestie’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa terharu dengan sikap bertimbang rasa dan layanan penduduk Indonesia kepada rakyat Malaysia yang tidak lepas untuk pulang. Nama pun SEAblings hehe.

“Orang Indonesia dan Malaysia di media sosial kalau bergaduh memang semua binatang keluar. Tapi kalau jumpa ramah, lagi-lagi kalau jumpa di luar negera. Baru jumpa boleh jadi bestie,” kata seorang netizen.

Malah ada juga pelancong Malaysia lain yang bersetuju dengan perkongsian Fatiha mengenai sikap baik hati penduduk di sana tanpa mengira asal-usul.

“Kan sangat baik diorang ni. Saya terkandas di Bandung pun sama jumpa orang-orang baik je,” kata seorang pengguna Threads.

Ramai Warga Indonesia Ajak Melancong Ke Negara Mereka Pada Masa Akan Datang

Sementara itu, ramai juga warga Indonesia yang mengalu-alukan kunjungan Fatiha bersama rakan-rakan ke Jakarta pada masa akan datang.

“Terima kasih atas kunjungannya kakak-kakak. Semoga banyak pengalaman menyenangkan dan mengesankan (memberi impak) selama di Indonesia. Lepas ni jelajah lagi daerah lainnya. Semoga selamat sampai Kuala Lumpur,” kata seorang warga Indonesia.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Warga Malaysia Terharu Petugas Airport & Media Lokal Bantu, Kongsi Rezeki Ketika Terkandas Di Jakarta [Video]
Image from: Warga Malaysia Terharu Petugas Airport & Media Lokal Bantu, Kongsi Rezeki Ketika Terkandas Di Jakarta [Video]
Image from: Warga Malaysia Terharu Petugas Airport & Media Lokal Bantu, Kongsi Rezeki Ketika Terkandas Di Jakarta [Video]
Image from: Warga Malaysia Terharu Petugas Airport & Media Lokal Bantu, Kongsi Rezeki Ketika Terkandas Di Jakarta [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Letusan Gunung Anak Krakatau: ‘Perlu Berjimat, Tak Tahu Sampai Bila Terkandas’ – Rakyat Malaysia Di Indonesia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved