
PAPAR: Pembukaan pawagam komuniti 10Star Cinemas di Parklane City di sini memberi peluang kepada penggiat industri perfileman tempatan di Sabah untuk menghasilkan dan menerbitkan lebih banyak filem berkualiti sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Onn Norshal Hamzah berkata 10Star bukan hanya sebagai syarikat tayangan filem tetapi juga mengedarkan filem tempatan Sabah antaranya Namatai yang telah ditayangkan dan Sinakagon yang bakal ditayangkan bulan depan.
“Apabila kita buka pawagam di Sabah dan pasaran di Sabah sebagai contoh Namatai boleh mencecah sehingga ratus ribu (ringgit) kutipan, kita percaya ia akan mendapat sambutan,” katanya.
Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menyempurnakan perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Onn Norshal berkata pihaknya memilih Papar kerana kedudukan daerah itu sebagai bandar satelit yang menjadi laluan utama dan persinggahan penduduk dari daerah-daerah di Selatan dan Utara Sabah.
Beliau berkata 10Star Cinemas di Parklane City, Benoni itu adalah yang kelima selepas dua pawagam dibuka di Tawau dan Sandakan manakala satu bakal dibuka di 1 Avenue Commercial Center di Kota Marudu.
Pawagam yang mempunyai enam dewan dan berkapasiti lebih 400 penonton pada satu-satu masa itu menggunakan teknologi terkini yang dibawa dari luar negara, katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
