
SANDAKAN: Pewujudan industri hiliran di Sabah perlu bagi mengatasi kemiskinan rakyat kata Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Perlu ada langkah-langkah untuk memastikan gologan miskin ini bukan hanya mengharapkan bantuan sahaja.
“Kita perlu memastikan mereka mendapat peluang pekerjaan sama ada mewujudkan projek-projek industri hiliran contohnya dalam bidang kelapa sawit, perabot atau pun gas dan minyak.

