PayLater Boleh ‘Menjerat’, Tapi Boleh Jadi Penyelamat Kalau Pandai “Setting” Macam Ni
Sejak sedekad lalu, wujud platform e-dagang dan e-hailing yang menawarkan pelbagai servis untuk pengguna. Selain mudah digunakan, kadang kala platform-platform tersebut juga menawarkan pelbagai promosi atau baucar yang pastinya menarik perhatian pengguna.
Selain itu, Buy Now Pay Later (BNPL) juga kini banyak digunakan oleh orang ramai. Selain boleh beli barangan yang disukai, bil-bil utiliti juga dapat dilunaskan.
Tetapi, ada juga yang berpendapat BNPL boleh menjerat jika tidak digunakan dengan betul. Disebabkan itu, wujud isu-isu kewangan yang akhirnya ‘memakan diri’.
Justeru, SK kali ini ingin kongsikan empat jenis orang yang paling tak sesuai untuk guna PayLater.
1. Tak pandai urus hutang
Salah satu punca masalah kewangan yang kritikal adalah disebabkan tak pandai urus hutang dengan baik. Kadang kala ada sesetengah orang yang tak bayar hutang ikut waktu yang telah ditetapkan.
Lebih parah lagi bila ada banyak hutang selain BNPL seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kereta. Ada satu ketika kita rasa kita mampu untuk membayar hutang-hutang ini setiap bulan. Namun, bila tidak mengawal perbelanjaan melalui BNPL, hutang-hutang tersebut akan membebankan.
2. Suka berbelanja lebih daripada keperluan
Jika ada antara korang yang boros dan selalu pentingkan kehendak daripada keperluan, korang perlu pertimbangkan semula kalau nak guna BNPL.
Tambahan lagi, kita juga boleh jadi rambang mata dengan barangan-barangan yang dipromosikan. Kalau boleh semua kelengkapan rumah nak guna BNPL. Lama-lama sampai dah tak tertanggung nak bayar semula.
3. Tiada pendapatan tetap
Perkara yang perlu difikir banyak kali bila nak guna BNPL adalah dengan teliti semula status kewangan kita. Kalau pendapatan pun tak tetap, kenapa kita perlu berhutang banyak ketika beli barang?
Bukan mahu merendahkan orang yang tiada pendapatan tetap tetapi ukurlah baju di badan sendiri. Jangan kerana ikut trend atau tidak mahu ketinggalan sebabkan kita terjatuh ke dalam jurang hutang yang sukar untuk keluar.
4. Guna BNPL untuk beli keperluan asas
BNPL untuk barangan asas seperti makanan, barangan dapur dan lampin bayi mungkin nampak membantu untuk jangka pendek, tapi ada keburukan besar jika tidak dikawal.
Kalau sampai perlu berhutang untuk barang asas, itu petanda kewangan korang tidak stabil. BNPL mungkin nampak ‘mudah’, tapi di sebaliknya wujud masalah utama iaitu gaji tidak cukup untuk tampung keperluan.
Barang asas perlu dibeli setiap minggu atau bulan. Kalau setiap kali guna BNPL, korang akan bawa hutang dari bulan lepas ke bulan baru, dan lama-lama hutang terkumpul. Akhirnya, semua gaji hanya cover bayaran tertunggak.
Tapi jangan risau, min bukan nak halang korang daripada guna PayLater, malah cuma cadangkan cara bijak untuk manfaatkan kelebihan ini.
Jika pandai setting pengguna yang boleh dapat untung. Korang boleh beli barang mahal guna ansuran murah. Selain itu, korang juga boleh nikmati 0% faedah, barang dapat, tapi duit simpanan dan gaji tak terjejas.
Dalam masa yang sama, korang dapat rolling modal bisnes dan dapat diskaun lebih waktu promo jika bayar guna BNPL.
Min juga nak kongsikan cara bijak guna PayLater agar korang dapat elak dari masalah kewangan yang memeningkan.
Cara guna PayLater dengan bijak

Pertama, korang kena pilih platform legit yang yakin digunakan, contohnya PayLater by Grab
Beli masa sales, ada diskaun khas kalau guna BNPL. Sekarang PayLater by Grab nak bagi diskaun RM35 bila beli dalam talian dengan pembelian minimum RM300.
Nak lagi jimat? Korang boleh pilih sama ada nak pelan ansuran 8 atau 12 bulan dan dapatkan potongan harga RM60. Dengan syarat korang belanja minimum RM300.
Namun perlu diingatkan, bagi potongan RM60 itu, ia hanya terpakai untuk pelan ansuran 8 atau 12 bulan dan hanya sah untuk pengguna online PayLater by Grab yang terpilih.
Bila sudah tahu cara yang betul, korang kini boleh gunakan BNPL dengan yakin. Jangan terlambat, promosi ini bermula dari 18 Julai hingga 31 Julai, 18 Ogos hingga 31 Ogos dan 17 September hingga 30 Sept sahaja.

Macam mana aktifkan PayLater by Grab?
Bagi yang belum ada PayLater by Grab, min nak kongsikan dengan korang macam mana nak aktifkannya.
Terlebih dahulu, korang perlulah berumur 21 tahun ke atas dan dah ada akaun Grab yang disahkan sepenuhnya. Selain itu, aplikasi Grab juga perlu dikemas kini ke versi terkini. Ikuti langkah di bawah ini.
1. Langkah pertama, anda perlu buka aplikasi Grab dan pergi ke bahagian Finance. Selepas itu, pilih PayLater dan klik Activate Now.
2. Bila sudah tekan Activate Now, korang perlu klik Set Up Now dan ikut arahan yang diberikan untuk mengaktifkan PayLater. Para peringkat ini, korang mungkin perlu mengesahkan identiti.
3. Bila sudah diaktifkan, korang akan terima notifikasi pengesahan dan boleh menggunakan PayLater.

Kat mana nak beli barang?
Bagi promosi yang dijalankan oleh Grab ini, korang kena beli barang di bahagian Shopping dalam aplikasi itu. Pilih kedai yang korang nak dan tekan beli sekarang untuk mula membeli-belah menggunakan PayLater by Grab.

Cara guna ansuran 4/8/12 bulan PayLater by Grab
Sebelum mengulas lanjut, korang perlu tahu bahawa ansuran selama 4 bulan tidak ada faedah dan bayaran pemprosesan. Manakala untuk 8 bulan dan 12 bulan pula, faedah juga 0%, tetapi bayaran pemprosesan ialah 1.5%.
Beralih ke cara untuk pilih ansuran bulanan di dalam aplikasi Grab, korang mesti pilih PayLater by Grab sebagai kaedah pembayaran terlebih dahulu.
Selepas itu, pilih sama ada untuk membayar pada bulan hadapan atau bayar secara ansuran selama 4,8 atau 12 bulan.
Korang seterusnya perlu melengkapkan pembayaran guna PayLater dan pembelian akan dibahagikan dalam pelan ansuran yang telah dipilih.

Cara guna promo kod PayLater by Grab
Lepas pilih ansuran selama beberapa bulan, tekan “Add Offer” untuk masukkan kod promosi [PLWEEK35] untuk nikmati diskaun RM35 OFF belanja minimum RM300. Jika nak lebih penjimatan, boleh guna kod promosi [8AND12MONTHS] tetapi kod ini hanya sah untuk ansuran 8 atau 12 bulan, dan terhad kepada pengguna terpilih PayLater by Grab secara dalam talian sahaja.
Selepas kod promosi sudah dimasukkan, korang perlu swipe ke kanan untuk lengkapkan transaksi dan pembayaran selesai.
Jadi jangan tunggu lama-lama, cepat grab promosi yang ada.
Dalam pada itu, setiap tindakan perlu dilakukan dengan betul terutama apabila melibatkan kewangan.Bijak berbelanja, hati senang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web PayLater by Grab.
The post PayLater Boleh ‘Menjerat’, Tapi Boleh Jadi Penyelamat Kalau Pandai “Setting” Macam Ni appeared first on Siakap Keli.


