PBB gerakkan bantuan susulan ribut dahsyat landa Libya

13 Sep 2023 • 3:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang menggerakkan bantuan berikutan ribut dahsyat melanda Libya hingga mengorbankan ribuan orang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

PBB sedang bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan, kebangsaan dan antarabangsa “untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang berada di kawasan terjejas”, kata jurucakap Setiausaha Agung PBB António Guterres, Stéphane Dujarric, pada Selasa.

Dujarric berkata pasukan PBB berada di lapangan dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menilai keperluan dan menyokong usaha bantuan yang berterusan.

Setakat ini, kira-kira 10,000 orang dilaporkan hilang, menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

“Fikiran kami bersama ribuan orang yang terjejas. Kami bersolidariti dengan rakyat di Libya pada masa yang sukar ini,“ kata Dujarric di New York.

Kerajaan yang diiktiraf PBB di Tripoli berjanji memberi bantuan berjuta-juta dolar untuk kawasan yang terjejas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved