
RANAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karanaan sebulat suara memutuskan untuk menyokong Presiden parti Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk terus menerajui parti.
Pengerusi PBS Karanaan Datuk Bernard J Dalinting berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa bahagian pada Sabtu.
“Sebelum ini kami AJK PBS Karanaan mengadakan mesyuarat AJK PBS yang pertama bagi tahun 2023 di Dewan Komuniti Mini Kg Tambiau. Kami sebulat suara bagi menyokong penuh Dr Max untuk terus menerajui PBS.
