PBT Wajib Patuhi SOP Baiki Jalan Berlubang Dalam 24 Jam

LocalPolitics
27 Nov 2024 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Baiki jalan dalam masa 24 jam! Jangan terkejut kerana ini bukan perkara baharu.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kerja-kerja membaiki Jalan Persekutuan berlubang sepatutnya dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya sudah meminta agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) membaiki jalan berlubang bagi Jalan Persekutuan.

"Harapan kita supaya rakyat tidak mendapat kemudaratan sebagaimana berlaku di Johor, ada orang menyaman satu konsesi bandaran kerana kecederaan di kepala, badan, tangan dan kaki apabila motosikalnya terlanggar lubang.

image is not available

"Konsesi itu diarah oleh mahkamah untuk membayar. Itu menjadi ingatan kepada kita untuk menjaga jalan di seluruh negeri dengan cepat, cermat dan tepat," katanya

Terdahulu, media melaporkan seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor tiga tahun lepas memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggaraan jalan.