PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

LocalTechnology
19 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membangunkan platform aduan dalam talian menerusi aplikasi PBTCare. Platform ini diwujudkan demi memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat aduan tentang perkhidmatan perbandaran.

Dengan adanya aplikasi ini ia dapat memantau dan menguruskan aduan yang diterima dengan lebih berkesan. Malah laporan dapat sampai terus ke pengurusan atasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

3 fungsi ringkas PBTCare

Image from: PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

Terdapat beberapa fungsi atau peranan platform yang dibangunkan antaranya, orang awam dapat membuat aduan bergambar di mana ia dapat membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secara dalam talian.

Selain itu, aplikasi ini dapat memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih pantas dan responsif sekaligus menjadikan platform ini sebagai sistem pantauan statistik aduan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

Cara guna aplikasi aduan PBTCare

Untuk menggunakan aplikasi ini, ianya cukup mudah dan senang. Ikuti cara penggunaan platform dalam talian ini di hujung jari anda!

Image from: PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

Untuk menggunakan aplikasi anda boleh ikuti langkah-langkah ringkas di bawah:

Pendaftaran akaun

  • Muat turun aplikasi PBTCare di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.
  • Buka aplikasi PBTCare dan buat pendaftaran akaun bagi pengguna baharu.
  • Selepas itu, log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan.
Image from: PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

Pendaftaran aduan

  • Selepas log masuk, tekan bahagian ‘Cipta Aduan’ untuk menghantar aduan.
  • Kemudian pilih ‘Kategori Aduan’ yang sesuai untuk aduan anda.
  • Selepas memilih kategori aduan, anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan dan memuat naik gambar jika ada dalam laporan aduan anda.
Image from: PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

Senarai dan status aduan

  • Selepas menghantar aduan, anda boleh menyemak status yang dihantar dengan menekan laporan aduan yang dibuat.
  • Kemudian klik bahagian ‘Mesej’ untuk melihat rekod dan tarikh makluman yang telah berjaya disimpan.
Image from: PBTCare: Platform aduan perkhidmatan pembandaran dekatkan PBT & rakyat

Semak status aduan

  • Untuk menyemak apa status aduan anda, tekan paparan aduan yang telah dihantar untuk menyemak status terkini.
  • Tekan bahagian ‘Mesej’ untuk melihat tarikh dan maklumbalas mengenai status tindakan aduan.

Bagi yang ingin menyalurkan aduan berkenaan isu sampah, kebersihan tandas, jalan raya, tanah runtuh atau yang berkaitan dengan perkhidmatan pembandaran anda boleh melakukan aduan secara terus menerusi aplikasi PBTCare. Muat turun aplikasi di Google Play Store, Apple App Store atau di Huawei App Gallery.

Sumber: KPKT, X KPKT

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved