PDRM Membongkar Operasi Melombong Kriptowang Haram Sekali Lagi

TechnologyDigital
9 Jan 2025 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Polis DiRaja Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad untuk membongkar sebuah operasi melombong kriptowang baru-baru ini yang turut disyaki mencuri bekalan elektrik untuk melakukan aktiviti tersebut.

Operasi melombong tersebut dilakukan di lima buah unit kedai di beberapa lokasi di Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi and Putra Perdana, Selangor dan dianggarkan bermula sejak empat bulan yang lalu. Tiga individu yang berumur diantara 30 ke 45 tahun juga ditangkap untuk tujuan siasatan berkenaan kes ini.

image is not available

Diantara kelengkapan yang disita ialah komputer-komputer melombong kriptowang yang dianggarkan bernilai RM121,800, kelengkapan elektronik yang lain dan dua buah kenderaan.

Seperti yang dikatakan, kumpulan ini menggunakan bekalan elektrik yang dicuri, dan ia dianggarkan jumlah elektrik yang dicuri untuk tujuan pelombongan ini adalah bernilai sekitar RM384,806.

Kes ini sedang disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan yang menyebabkan kerugian dan kerosakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved