PDRM Menjadi Rakan Strategik Untuk Aplikasi Whoscall

28 Jan 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Whoscall yang sebelum ini disokong Kerajaan Negeri Selangor kini menjadi aplikasi ID pemanggil pertama dan satu-satunya yang disahkan oleh PDRM. - Gambar ihsan Hatch Communications 

Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook adalah sebuah aplikasi yang mengenal pasti panggilan telefon yang mempunyai pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara dengan 100 juta muat turun telah dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai rakan strategik

Ia bertujuan untuk memerangi jenayah penipuan dalam talian yang serius di Malaysia dan kerjasama ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM ke sistem data Whoscall 

Mengulas mengenai pelantikan tersebut pada majlis pelancaran lagu tema baharu PDRM 'Be Smart Stay Alert', Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook berkata, “Ia merupakan kerjasama kelima Gogolook dengan jabatan polis global dalam mengukuhkan pakatan anti-penipuan terhadap scammer.

“Kami komited untuk menyokong JSJK PDRM dalam melindungi rakyat Malaysia daripada penipu dalam talian dan scammer, melalui teknologi AI dan pangkalan data proprietary. Kami yang mempunyai 1.6 bilion entri nombor telefon termasuk nombor yang digunakan oleh scammer” katanya.

Perkongsian pangkalan data antara portal JSJK PDRM dan sistem data nombor Whoscall menyakinkan lagi pengguna di Malaysia untuk mendapatkan akses terhadap pangkalan data nombor penipuan dalam talian.

image is not available
Pengguna Whoscall juga boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui berdasarkan pangkalan data Whoscall. - Gambar ihsan Hatch Communications

Whoscall yang sebelum ini disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor kini menjadi aplikasi ID pemanggil pertama dan satu-satunya yang disahkan oleh PDRM.

Pengguna Whoscall juga boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui berdasarkan pangkalan data Whoscall yang semakin meningkat dan dapat mengenal pasti scammer menggunakan aplikasi percuma mereka. 

Memandangkan nombor berisiko ditambah secara berterusan ke dalam pangkalan data mereka, pengguna boleh mengemas kini secara manual dan juga menambah nombor tersebut dalam senarai nombor yang disekat.

Oleh itu, anda semua digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini di dalam telefon pintar anda bagi sekurang-kurangnya anda mempunyai perlindungan jika dihubungi oleh scammer. Ia pasti memudahkan anda untuk mengesan dan membuat laporan jika kejadian ini berlaku terhadap diri anda. - Getaran, 28 Januari 2023