PDRM Perak Tawar Diskaun Saman 50%! Ini Infonya...

LocalPolitics
6 May 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Orang ramai yang mempunyai saman trafik kini berpeluang menikmati diskaun sehingga 50% bagi kesalahan terpilih, menerusi inisiatif khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak 2025.

Lokasi dan Tarikh Pelaksanaan

image is not available

Gambar hiasan

Diskaun ini hanya ditawarkan pada Sabtu, 10 Mei 2025 dan boleh ditebus secara fizikal di kaunter khas di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai disarankan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan, memandangkan sambutan untuk program seperti ini lazimnya amat menggalakkan.

Buat Semakan Awal di MyBayar PDRM

Bagi memudahkan proses pembayaran, pengguna dinasihatkan untuk membuat semakan awal jumlah saman melalui:

Portal rasmi

Aplikasi MyBayar PDRM

Senarai Saman Yang Tidak Layak Diskaun

Namun begitu, seperti sebelum ini, beberapa jenis kesalahan trafik tidak layak menerima pengurangan bayaran. Antaranya:

Melanggar lampu isyarat merahMenggunakan lorong kecemasanMemandu secara berbahaya Memotong di garisan berkembarKes kemalanganSaman yang perlu dibicarakan di mahkamah Saman tidak boleh kompaun (NC)Saman melibatkan kenderaan beratKesalahan ubah suai ekzosSaman dalam kategori Op Selamat tahun semasa

Elak Disenarai Hitam, Ambil Tindakan Segera

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menangguhkan pembayaran saman tertunggak, kerana ia boleh menyebabkan nama disenarai hitam serta menyukarkan urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu.