Sepanjang tempoh tiga tahun iaitu dari 2021 hingga 2023, sejumlah 8,011 kes penipuan telefon telah disiasat melibatkan nilai kerugian RM440,971,870.50. Daripada jumlah tersebut, 448 kes adalah penipuan melalui penyamaran sebagai pegawai Pos Laju melibatkan nilai kerugian RM27,186,773.82.
Pada tahun ini sahaja, sehingga bulan Jun 2024, 87 kes sama telah dilaporkan, dan kerugian dianggarkan bernilai hampir RM3 juta.

Untuk membanteras isu panggilan penipuan ini, Pos Malaysia akan berkongsi semua nombor operasi dengan Whoscall, termasuk nombor posmen, yang akan ditandakan sebagai “verified numbers” (“nombor yang disahkan”). Ini akan membolehkan para pengguna aplikasi Whoscall untuk mengenalpasti sama ada adakah ia benar bahawa pemanggil adalah seorang pegawai Pos Malaysia ataupun tidak.
Hj. Zaini Yahman, Pengarah Operasi, Pos Malaysia mengatakan bahawa langkah ini akan mengesahkan lebih 6,600 nombor telefon operasi yang digunakan oleh mereka dan menghapuskan ketidakpastian, membina kepercayaan dengan rakyat Malaysia dan melindungi mereka dari penipuan pada masa yang sama.
Sebagai promosi untuk menyokong inisiatif ini, Whoscall dan Pos Malaysia menawarkan percubaan percuma selama 60 hari bagi ciri Premium Whoscall. Rakyat Malaysia boleh menebus tawaran ini dengan melayari https://bit.ly/POSAntiScam, memuat-turun aplikasi Whoscall dan menggunakan kod promosi PosAntiScam.



