PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes rampasan 521kg dadah di Laos

6 Oct 2026 • 10:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes rampasan 521kg dadah di Laos

PDRM mengesahkan seorang rakyat Malaysia antara 13 individu yang ditahan di Laos berhubung kes rampasan 521kg dadah jenis syabu di dalam sebuah jet peribadi.

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati, pesawat persendirian jenis Learjet terbabit berlepas dari Subang, Selangor menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan suspek warganegara Malaysia yang ditahan itu tidak menaiki penerbangan tersebut.

“Setakat ini, kita belum terima maklumat (terperinci) ataupun butiran daripada pihak berkuasa dadah Laos. Maklumat yang kita ada sekarang, seorang daripada 13 individu yang ditahan itu membabitkan seorang warga Malaysia.

“Siasatan mendapati penerbangan (itu) menggunakan jet peribadi dari Subang ke Laos, namun pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang dan pembantu juruterbang yang bukan warganegara Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan kes tangkapan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia sebelum ini, Hussein berkata perkara itu masih dalam siasatan dan terlalu awal untuk pihak polis membuat sebarang kesimpulan.

Bernama yang memetik laporan Vientiane Times hari ini, melaporkan polis Laos berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 500 bungkusan crystal methamphetamine menerusi jalan udara pada 1 Okt.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas pesawat Learjet bernombor pendaftaran N73GP itu menemukan 23 beg pakaian, dengan 21 daripadanya padat dengan bahan berhablur putih disyaki dadah seberat 521kg.

Operasi keselamatan itu dilancarkan pada 1.30 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, susulan maklumat perisikan yang diterima pihak berkuasa wilayah berkenaan pada 21 Sept, mengenai perancangan sindiket merentas sempadan.

Tangkapan melibatkan 13 individu iaitu juruterbang, pembantu juruterbang, seorang pelancong asing, tiga pekerja syarikat swasta serta tujuh kakitangan lapangan terbang berkenaan, termasuk tiga wanita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved