PDRM Sarawak Tawar Diskaun Saman Hingga 60 Peratus Sempena Hari Polis Ke-216

20 Mar 2023 • 10:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tawaran diskaun hingga 60%

PDRM Sarawak Tawar Diskaun Saman Hingga 60 Peratus Sempena Hari Polis Ke-216. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Tawaran tersebut boleh diperoleh secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar Saman dan juga secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023, dengan pengurangan sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih.

image is not available
PDRM Sarawak Tawar Diskaun Saman Hingga 60 Peratus Sempena Hari Polis Ke-216. Kredit: Facebook

Ayuh jangan lepaskan peluang ini!

Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.

Pengurangan saman sehingga 60% itu akan ditawarkan selama 12 hari bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

image is not available

Pengurangan saman ini adalah bersempena Hari Polis ke-216.

Bersempena hari polis ke 216

Bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 yang disambut pada tahun 2023 ini, PDRM akan menawarkan diskaun sebanyak 60% terhadap kesemua jenis kesalahan trafik, KECUALI 10 kesalahan seperti berikut:

image is not available

  • Saman melibatkan kemalangan
  • Saman bicara mahkamah
  • Kategori ‘TIDAK BOLEH KOMPAUN’
  • Memotong secara berbahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Tidak patuh isyarat lampu merah
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
  • Memotong garisan berkembar
  • Pengubahsuaian ekzos kenderaan
  • Saman berstatus ‘Op Selamat’

Baca artikel terkini di sini: