
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan dua anggota polis yang didakwa melakukan pemerasan terhadap warga asing.
Insiden dilaporkan berlaku di Jalan Taming Sari, Kajang Selangor.
2 anggota polis ditahan disyaki lakukan pemerasan terhadap warga asing
Terbaharu susulan daripada video tersebut, polis telah bertindak menahan dua anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.
Ketus Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan seorang lelaki yang merupakan warga asing telah tampil membuat laporan polis berkaitan insiden berkenaan.
“Hasil semakan video yang tular membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang,” ujarnya lapor Kosmo.
2 anggota polis direman selama 2 hari
Susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Jelas beliau lagi, dua anggota polis itu direman selama dua hari bermula hari ini (29 Julai) sehingga esok (30 Julai) bagi siasatan lanjut.
“Polis Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis mahupun rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah.
“Siasatan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan dan tanpa kompromi.”
Source:
