PDRM Tamatkan SAR Anggota TDM Hilang Di Royal Belum

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 10:16 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dipercayai lemas di Hutan Royal Belum semasa Operasi Kota Echo/Foxtrot di Gerik sejak 29 November lalu.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood memaklumkan bahawa operasi mencari Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, daripada Rejimen Komando ke-22 di Kem Iskandar di Mersing, Johor itu ditamatkan pada jam 6 petang, semalam.

“Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengumumkan kehilangan dua anggotanya semasa menjalankan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024.

Tujuh anggota yang terlibat dalam operasi tersebut berjaya ditemukan selamat sekitar jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian.

Namun begitu, dua anggota tentera dilaporkan hilang iaitu Lans Koperal Ahmad Zulhilmi dan Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka.

Bagaimanapun, pihak penyelamat berjaya menemukan mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak.

Keberadaan Lans Koperal Ahmad Zulhilmi masih tidak diketahui sejak insiden tersebut berlaku.