Mayat Reput Belum Dikenal Pasti Identiti Ditemukan Di Susur Keluar Rawang Bypass

10 Dec 2024 • 9:56 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu mayat yang masih belum dikenal pasti identiti telah ditemui dalam keadaan mereput di laluan susur keluar Rawang Bypass pada Isnin.

image is not available

Foto: JBPM

Menurut laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memberitahu bahawa pihaknya menerima maklumat awal penemuan mayat tersebut pada jam 10.09 pagi.

Seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menguruskan mayat berkenaan.

“Jentera bomba tiba di lokasi kejadian jam 10.16 pagi dan pasukan petugas memulakan tugas mengangkat mayat.

“Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati mengejut (SDR).

Beliau turut menyatakan bahawa satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung dengan penemuan mayat tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved