PDRM Tawau buat persiapan awal hadapi PRN

LocalPolitics
24 May 2025 • 10:02 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau sudah mula menjalankan latihan Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berkenaan penting untuk keanggotaan pasukan LSF berhadapan sebarang kemungkinan.

“Latihan ini diharap mendedahkan anggota baharu dan berpengalaman mengenai suasana sebenar sekiranya berlaku rusuhan pada musim pilihan raya,” katanya, di sini pada Khamis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jasmin berkata latihan terbaharu LDP LSF Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dilaksanakan pada Rabu membabitkan seramai 16 Pegawai Rendah Polis.

Mengulas lanjut, latihan yang dikendalikan oleh jurulatih atau Seksyen Komander Sarjan Khairul Iskandar Abdullah itu disifatkannya berjalan baik dengan pendedahan suasana sebenar PRN.

“Pelaksanaan LDP sebegini adalah antara usaha untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan polis menghadapi sebarang situasi ancaman terutamanya berkaitan ketenteraman awam,” katanya.

Menurutnya anggota polis yang menyertai latihan terbabit diberikan pelbagai pendedahan dan perkongsian ilmu seperti ulangkaji pengenalan, kata perintah dan perbuatan kawad LSF.

Beliau percaya latihan dan ilmu yang diberikan kepada anggota lama dan baharu itu dapat membantu dalam penugasan terutamanya jika musim pilihan raya sebenar mula berlangsung.