
JOHOR BAHRU: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di landasan kukuh dalam mempersiapkan sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata persiapan telah dimulakan lebih awal menerusi pelbagai program latihan dan pemerkasaan ‘Run-2-Win’ bagi memastikan calon Wanita yang akan menyertai gelanggang pilihan raya benar-benar bersedia untuk menang.
“Kita tumpu bukan saja latihan dan bakat, tetapi juga susuk yang nak masuk pilihan raya itu mesti dipersiapkan idealismenya, latihan percakapannya, latihan datanya, latihan menguasai hati pengundi dan diberikan keyakinan untuk mereka masuk sebagai calon yang boleh menang,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Fadhlina yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan peringkat pusat sesi 2025-2028 berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR Ke-18 Tahun 2025 yang bertemakan ‘Memaknai Reformasi, Menjulang Madani’ di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini, Jumaat.
Pemilihan Ketua Wanita menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.
Dalam usaha memperkukuh barisan calon wanita, Fadhlina berkata Wanita PKR turut memperkenalkan inisiatif pembiayaan melalui 30WReps bagi membantu calon memasuki pilihan raya tanpa perlu memikirkan cabaran pendanaan.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu yang turut menyentuh perkara itu dalam ucapan dasarnya berkata program pembangunan bakat wanita turut dijalankan melalui Sekolah Wanita Keadilan (Swan) yang kini beroperasi mengikut zon Timur, Utara, Selatan dan Borneo sebagai platform untuk mencungkil dan melatih pemimpin wanita pelapis.
Beliau turut menegaskan bahawa sebagai parti yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan, semua ahli PKR tidak boleh terasing daripada dasar negara dan perlu bersama-sama mengangkat setiap insiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
“Hal ini termasuk persiapan ke arah menuju negara tua menjelang 2030, dan dalam kalangan ahli kita juga ada yang sudah pun mencapai tahap umur begitu yang sebenarnya mereka ini adalah warga yang sangat aktif.
“Maknanya, persiapan mereka dalam politik, aktivisme yang sebenarnya boleh kita lihat bahawa kita ada warga-warga yang sangat aktif dan mesti diberikan tumpuan dalam konteks keseluruhan bagaimana kita melihat persiapan untuk mereka ini menuju 2030,” katanya.
Beliau turut menyentuh kepentingan mempercepat pelaksanaan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial yang disifatkan sebagai antara langkah penting dalam menyediakan ekosistem sokongan sosial yang lebih berkesan di Malaysia.

