PDRM Tembak Mati Tiga Penjenayah Aktif Dalam Kegiatan Curi Kereta Dan Samun

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak Polis Diraja Malaysia telah menembak mati tiga penjenayah yang aktif dalam kegiatan curi kereta dan samun, tengah hari tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, pihak polis terpaksa menembak penjenayah tersebut selepas semua suspek melepaskan tembakan ke arah pihak polis ketika ditahan di sekitar Persiaran Kota Emerald, Rawang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah menggunakan kereta sewa, sebelum menukar nombor pendaftaran kepada nombor palsu bagi menjalankan kegiatan jenayah.

Jelasnya, pihak polis telah melakukan risikan ke atas kumpulan tersebut sejak tahun lepas.

image is not available
Keadaan di sekitar tempat berlakunya kejadian. – Kredit gambar Sinar Harian

“Pihak kami telah buat keputusan untuk menahan dan menangkap, tapi apabila kita perkenalkan diri mereka telah melepaskan tembakan dan melarikan diri.

“Jadi kita mengejar dalam proses kejar-mengejar itu masih berlaku berbalas tembakan sehingga ke lokasi,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, dua suspek dikenal pasti berusia 40 dan 43 tahun dan sepanjang tahun ini, mereka didapati telah melakukan enam jenayah curi kenderaan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang dikenal pasti itu mempunyai rekod jenayah, manakala seorang lagi sedang dikenal pasti.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.