Pearly-Thinaah, Aaron-Aaron mara ke separuh akhir Terbuka Taiwan

31 Jul 2026 • 9:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pearly-Thinaah, Aaron-Aaron mara ke separuh akhir Terbuka Taiwan

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menepati status selaku pilihan pertama apabila menempah slot ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan di Taipei City, Taiwan, esok.

Gandingan No. 5 dunia itu menyingkirkan beregu tuan rumah, Lin Chih Chun-Yang Chu Yun 21-14, 21-17 dalam masa 35 minit pada suku akhir, hari ini.

Kejayaan tersebut meletakkan bekas pasangan No. 2 dunia itu kini mendahului Chin Chun-Chu Yun yang merupakan beregu No. 39 dunia dengan rekod pertemuan 1-0.

Pada separuh akhir, Pearly-Thinaah yang mencari ‘tonik’ menjelang Kejuaraan Dunia di India, Ogos ini, akan melayan tentangan daripada gandingan No. 27 dunia dari Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai.

Berdasarkan rekod pertemuan, Pearly-Thinaah seharusnya lebih yakin berdepan Corbett-Jennie yang pernah mereka tewaskan sebanyak dua kali.

Turut mengikut jejak langkah Pearly-Thinaah ialah beregu lelaki, Aaron Chia-Aaron Tai yang melakar kejutan ke atas pasangan No. 17 dunia, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan 15-21, 21-7, 21-18 dalam masa 44 minit.

Aaron-Aaron yang tidak sampai dua minggu bergandingan bersama dan kini menghuni ranking ke-378 dunia bakal berdepan satu lagi wakil tuan rumah, Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng yang berada di tangga No. 82 dunia.

Sementara itu, dua lagi wakil Malaysia, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan dan Justin Hoh terkandas di suku akhir.

Zi Yu-Noraqilah tewas kepada beregu No. 36 dunia, Hathaithip Mijad-Napapakorn Tungkasatan dari Thailand 21-11, 20-22, 22-24 dalam masa 1 jam 5 minit.

Justin pula tewas straight set di tangan pemain No. 73 dunia, Yoo Tae Bin dari Korea Selatan 17-21, 18-21 dalam masa 40 minit. – UTUSAN

The post Pearly-Thinaah, Aaron-Aaron mara ke separuh akhir Terbuka Taiwan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved