Pearly-Thinaah, Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka Denmark

18 Oct 2024 • 7:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly Tan-M Thinaah

image is not available
Aaron-Wooi Yik

DUA beregu badminton utama negara meneruskan cabaran dalam Kejuaraan Terbuka Denmark selepas bangkit menyingkirkan lawan masing-masing di Fyn Arena (Jyske Bank Arena), Odense pada Jumaat.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas dipaksa berhempas pulas sebelum menjinakkan wakil Korea Selatan, Lee Yu-lim-Shin Seung-chan.

Pearly-Thinaah tampil dengan status nombor tujuh dunia bermula langkah kiri set pertama apabila tewas 20-21 setelah diasak sengit lawan yang menghuni tangga ke-14 tersebut.

Set kedua, Pearly-Thinaah yang masih segar dengan memori naib juara Terbuka Artik Super 500 kembali menjelmakan belang apabila menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-18.

Set ketiga, Pearly-Thinaah tidak menoleh lagi ke belakang meningkatkan tekanan ke atas Yu-lim-Seung-chan untuk kemenangan, 21-16 dalam masa 70 minit.

Kemenangan itu membolehkan Pearly-Thinaah berdepan pasangan nombor enam dari Jepun, Kie Nakanishi-Rin Iwanaga yang mengatasi wakil Taiwan, Sung shuo-Yun-Yu Chien-hui, 21-8, 21-12 dalam masa 30 minit.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga berdepan situasi sama ketika berdepan lawan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

**media[2851762]**

Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dikejutkan dengan kekalahan 23-21 set pertama.

Namun Wei Chong-Kai Wun yang menundukkan beregu England, Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen gagal meneruskan konsistensi dengan kebangkitan Aaron -Wooi Yik apabila tewas set kedua, 17-21.

Set ketiga, Aaron -Wooi Yik yang kembali menemui rentak tenang menghabiskan cabaran Wei Chong-Kai Wun dengan kemenangan 21-16 dalam masa 58 minit bagi mengesahkan pertemuan menentang wakil China, Chen Boyang-Liu Yi.

Sementara itu, cabaran satu lagi beregu negara, Yap Roy King-Wan Arif Junaidi tersekat selepas akur kepada pengalaman jagoan nombor dua dunia tuan rumah yang juga naib juara Terbuka Artik, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 14-21, 7-21 dalam masa 29 minit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved