Pearly-Thinaah Bakar Semangat Merdeka, Lakar Sejarah Ke Final Kejohanan Dunia!

30 Aug 2025 • 8:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Semangat juang bagaikan srikandi kemerdekaan dipamerkan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila melakar kejayaan gemilang menempah tiket ke pentas final Kejohanan Dunia buat kali pertama, hari ini.

Dalam aksi separuh akhir penuh debaran di Adidas Arena, gandingan ranking kedua dunia itu bangkit luar biasa untuk menundukkan musuh tradisi dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Kejayaan itu sekali gus membuka peluang buat Pearly-Thinaah menghadiahkan gelaran juara dunia sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Kebangsaan esok.

image is not available

Pearly-Thinaah Bakar Semangat Merdeka

Seperti dijangka, pasangan negara terpaksa mengerah segala keringat sebelum menoktahkan kemenangan dalam pertarungan tiga set, 14-21, 21-13, 21-13 ke atas pilihan ketiga kejohanan itu dalam tempoh 68 minit.

Kemenangan ini bukan sekadar membalas dendam ke atas lawan yang sering menjadi penghalang utama mereka, malah membuktikan mereka kini berada di tahap terbaik untuk menakluki pentas dunia.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Pada set pertama, beberapa kesilapan mudah Thinaah di jaring memberikan kelebihan awal kepada Matsuyama-Shida.

Walaupun berjaya merapatkan jurang kepada 10-12, pasangan Jepun kembali menguasai gelanggang sebelum menutup set itu 21-14.

image is not available

Tersentak, Pearly-Thinaah tampil lebih agresif pada set kedua. Biarpun ketinggalan 0-2 pada awal permainan, mereka pantas bangkit mendahului 4-2 dan terus menjarakkan kedudukan pada 11-8.

Rentak cemerlang diteruskan selepas rehat apabila pasangan negara menghukum setiap kesilapan lawan untuk menang 21-13 dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan keyakinan jelas memihak kepada Pearly-Thinaah.

Selepas kedudukan terikat 7-7, mereka memecut dengan enam mata berturut-turut bagi mendahului 15-9, sebelum pukulan Shida tersangkut di jaring menghadiahkan kemenangan mutlak buat Malaysia.

Sumber: FMT