Pearly-Thinaah juara Terbuka Artik

12 Oct 2025 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly-Thinaah tampil bertenaga untuk menumpaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam perlawanan akhir Terbuka Artik.

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Terbuka Artik 2025 yang berlangsung di Vantaa, Finland pada Ahad.

Pasangan yang kini menghuni ranking kedua dunia itu tampil cukup bertenaga dan tidak memberi ruang kepada lawan apabila menundukkan pilihan ketiga dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dengan keputusan 21-7, 21-9 dalam masa hanya 32 minit.

Aksi mantap dipamerkan Pearly-Thinaah dengan rentak permainan konsisten dan tidak melakukan banyak kesilapan menyaksikan mereka mendominasi kedua-dua set untuk memastikan lawan dari Jepun itu tidak mampu bangkit sekali gus menyudahkan perlawanan dengan mudah.

Kejayaan manis di bumi Finland itu sekali lagi mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara beregu wanita terbaik dunia, selain turut menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas menjulang gelaran Terbuka Thailand pada Mei lalu.

Menariknya, kejayaan kali ini juga merupakan gelaran kedua tahun ini buat Pearly-Thinaah di samping menjadikan final keenam yang mereka sertai sepanjang musim 2025.

Sebelum ini, pasangan negara itu muncul naib juara di Indonesia Masters (Januari), Terbuka Indonesia (Jun), Terbuka Jepun (Julai) serta Kejohanan Dunia BWF di Paris (Ogos).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved