Pearly-Thinaah ke final Terbuka Korea

31 Aug 2024 • 6:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beregu wanita badminton negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan. Foto Bernama

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan, pada Sabtu.

Pasangan di ranking kesembilan dunia itu tampil dengan persembahan penuh bertenaga untuk menang straight set dalam aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.

Mereka mengejutkan wakil tuan rumah yang juga beregu di ranking kedua dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan kemenangan 21-18, 21-13.

Menanti mereka di perlawanan akhir pada Ahad iaitu satu lagi wakil tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Lee Yu-lim-Shin Seung-chan 21-14, 21-11.

Keputusan itu juga menyaksikan dua wakil negara bakal beraksi di final Terbuka Korea apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved